Aspek falsafah Perentasan_masa

Banyak ilmuwan percaya bahawa perjalanan merentasi masa itu kemungkinan besar tidak mungkin dapat dilaksanakan. Kepercayaan ini terutamanya berdasarkan pisau cukur Occam. Setiap teori yang memperbolehkan perjalanan waktu menuntut bahawa semua isu kausalitas harus dipecahkan. Apakah yang terjadi jika seseorang kembali ke masa lampau dan membunuh datuknya?- lihat paradoks datuk. Dan juga, ketiadaan bukti eksperimental tentang adanya perjalanan waktu, maka secara teori lebih mudah diasumsikan bahawa hal ini tidak terjadi.

Hal ini turut dikuatkan hujahan Stephen Hawking yang pernah berkata bahawa ketiadaan sesiapa yang dapat dibuktikan datang daripada masa depan yang menjenguk kita merupakan sebuah argumentasi yang kuat dalam menentang adanya fenomena ini; argumentasinya ini merupakan sebuah variasi dari paradoks Fermi yang menyanggah adanya makhluk luar angkasa. Namun di sisi lain, asumsi bahawa perjalanan waktu itu mustahil merupakan hal yang menarik pula bagi para fizikawan kerana ini menimbulkan pertanyaan mengapa tidak dan hukum fizik apa yang tidak memperbolehkannya.

Rujukan

WikiPedia: Perentasan_masa http://www.asimovs.com/_issue_0407/onthenet2.shtml http://science.howstuffworks.com/time-travel.htm http://www.springerlink.com/app/home/contribution.... http://timetravelportal.com/viewtopic.php?t=293 http://timetravelportal.com/viewtopic.php?t=300 http://www.theory.caltech.edu/people/patricia/lcto... http://web.mit.edu/adorai/timetraveler http://plato.stanford.edu/entries/time-machine/ http://plato.stanford.edu/entries/time-travel-phys http://plato.stanford.edu/entries/time-travel-phys...